BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 4, 2010

Sunnah Orang Berjuang..insya Allah akan jadi kan sebagai sumber kekuatan

SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

terima kasih ....


Salam..
untuk entry kali ni...aku ingin mengucapkan terima kasih kepada insan2 yg byk memberi semangat kepada aku..
untuk ma n abah yg sentiasa menyuntik kata2 semangat agar aku terus tabah dalam menghadapi setiap dugaan ..terutama ma, yg tak penah jemu menasihati aku agar sentiasa berusaha memperbaiki diri kejalan yg diredhai Allah..sentiasa mengingatkan aku agar sentiasa menanamkan keyakinan yg utuh terhadap Allah s.w.t..walau aper pun terjadi..
untuk kakak, abg, n adik yg tak pernah jemu mendengar rintihan ku saat aku kesedihan..
untuk, sahabat yang tidak pernah meninggalkan aku saat aku kesakitan , kesedihan, kekecewaan,n saat aku ingin berkongsi kegembiraan...
saat insan lain melupakan aku, tidak memahami aku ,sahabat2 ku ini sering menenangkan aku, memujukku..agar aku terus kuat...jujur aku katakan jika tidak kerana kalian ,,maybe aku dah lamer tersungkur dalam kedukaan yg tidak berkesudahan...
YANG PALING PENTING...TERIMA KASIH YA ALLAH..
kerana kau masih memberi aku peluang untuk memperbaiki diri,
memberi aku peluang sedangkan aku sering kali terleka dalam arus dunia yang sementara ini..
aku akui aku insan yg lemah, tetapi kau masih memberi aku kesempatan..
Bermula Ramadhan kali ni, aku akan memperbaiki diri, dan melakukan perubahan untuk diri ku sendiri , untuk ma n abah, n yg paling penting untuk Islam ...
sebelum nafas ku terhenti aku mesti kemaskinikan serta menyelesaikan tugasan yg ku kira penting..n insya Allah sebelum aku bergelar graduan..
1)memperbaiki hubungan ku dengan Allah(solatku, puasaku,auratku,n insya Allah  kearah yg lebih baik untuk menjadikan diriku seperti serikandi Islam ...walaupun ianya nampak mustahil tapi aku akan berusaha kearah itu)
yang paling penting aku akan berusaha untuk menjadi seseorang yg disayangi Allah n Rasulullah..
2)memperbaiki hubungan ku sesama manusia
sebelum nie aku byk melakukan kesilapan,.melukakn hati kedua ibu bapa, rakan2..
aku tidak mahu perkara ini berulang lagi...aku teriingat satu perkara"lebih baik berdiam diri n kurangkan bercakap daripada melukakan hati org lain"...
so..aku mesti ubah diri n ubah hati..
3)mungkin ini yang terakhir wat saat ini, aku perlu ubah semangat ku untuk menuntut ilmu.aku tidak mahu lagi memberi peluang kepada nafsu ku sendiri bermaharajalela n akhirnya aku sendiri yg menempah kegagalan...
aku perlu berjaya, dan yg paling penting dalam hidup aku ialah aku nak bahagiakan ma n abah...aku tau aku tak mampu untuk ubatkan ma..tapi aku akan berusaha untuk mencari penawar n seseorang untuk membantu aku mengubati sakit ma...moga Allah permudahkan segala urusanku...moga Allah kirimkan aku seseorang yang dapat membantu aku ....insya Allah...

hmmm...ini la yg perlu aku lakukan n harus aku lakukan...
moga aku diberi kekuatan...
aku ingin mendapat kan Redha Allah,kasih n sayang Rasulullah n restu ma n abah...

*teringat pesan ma:ateh, Allah tidak melihat bagaimana n dari mana kita bermula, tetapi Allah melihat bagaimana pengakhiran kita...

aku tau masih byk yg perlu aku belajar...tapi tak salah klu aku menyimpan niat..n seterusnya usaha n bertawakal...
HANYA DIA YANG MENGETAHUI SEGALANYA...