BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 17, 2010

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-banna

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati dengan kesabaran."

(Surah Al-Ashr)
dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."



...SESUNGGUHNYA SOLAT ITU ADALAH SATU KETETAPAN YANG DIWAJIBKAN KE ATAS ORANG ORANG YANG BERIMAN...
(AN NISA’103)

Hanya Ingin Mengingatkan …
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Sampaikan Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.





sumber: blog pengemis cinta..

Sunday, November 21, 2010

mencari cinta

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”.

“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.

“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.

“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.

Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.

“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.

“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat..”.

Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remeh. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.
Cerpen yang aku ambik dari blog seseorang ..sgt menarik..hingga terkesan dalam hati..yer…sememangnya begitu..ramai yg berkata …menginginkan isteri yg solehah..begitu juga sebaliknya..tapi kita lupa satu perkara..bukankah untuk mendapat sebutir permata yang indah itu memerlukan pengorbanan..bukan pengorbanan wang ringgit..tutur n bahasa2 kiasan yg indah di bibir tetapi..pengorbanan dari sudut memperbaiki diri agar menjadi insan yang di sayangi pemilik cinta yang maha Agung…Allah s.w.t…
Peringatan untuk diri sendiri..n sahabat sekalian..

Saturday, November 20, 2010

sekadar perkongsian

Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisiAllah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ... mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa..

Tuesday, November 9, 2010

Kehebatan solat di awal waktu


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Sunday, November 7, 2010

Nikmat di sebalik ujian...

salam..
Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah s.w.t coz masih memberi peluang kepada kita untuk terus bernafas di bumi milik-Nya ini...
 untuk post kali nie..saya ingin membincangkan berkenaan dengan "nikmat di sebalik ujian"
setiap orang di uji dengan cara yang berbeza..ada yang di uji dengan kesakitan, ada yang di uji dengan masyarakat sekeliling malah ada yang di uji dengan kehilangan orang tersayang...
semua ini berlaku adalah sebagai tanda Allah sayangkan hambanya...tetapi mampu kah kita untuk menghadapi semua ujian ini dengan hati yang tenang dan redha dengan apa yang berlaku....???itu yang sering menjadi tanda tanya kepada kita semua...saya sendiri tidak terlepas dari berfikiran begitu ..n kdg2 kala terkeluar juga dari tutur bicara yg menyatakan perasaan kecewa n putus asa terhadap peristiwa yang berlaku...
namun secara tidak sedar semua yang saya lakukan seolah-olah tidak bersyukur dengan kurniaan Allah...dan saya telah menzalimi diri saya sendiri....

sahabat-sahabat...
mari la kita semua kembali kepada Allah,
Dia sedang menunggu kita setiap saat,
Dia tetap mengasihi kita walaupun kita sering berpaling dari mengingati-Nya
Dia tetap mengurniakan kita rezeki walaupun kita tidak pernah mengucap syukur kepada-Nya
malah ada kalanya kita sering bermegah2 menyatakan bahawa "semua yang kita perolehi adalah atas usaha kita sendiri","tidak solat pun , aku masih pandai, dapat pointer tinggi",dan bermacam2 lagi kata2 yang keluar dari bibir kita...
ada pula di antara kita yang bermegah dengan amal yang sedikit dan merendah2kan orang lain...
betapa zalim nya diri kita terhadap diri kita sendiri...
saya menyatakan di sini adalah sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga...
kita adalah orang yang :
terlalu menghargai insan yng bernama manusia,
bermegah dengan pangkat,
berbangga dengan paras rupa,
leka dengan harta ,
namun,
 sering kita  lupa bahawa  semua itu milik-Nya,
diri kita, hati kita, jiwa kita, seluruh pancaindera kita adalah milik-Nya yakni
Allah S.W.T
marilah kembali kepada Allah...
moga Allah memberi kita petunjuk dan jika Dia telah memberikan kita petunjuk..moga tidak di ambil semula kurniaan itu  kerana
tanpa redha oleh-Nya ..kita bukan sesiapa...



Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.
Jangan menangis ya?
Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.
Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.
Tidakkah kau merasa, Dia(Allah s.w.t) sedang memujukmu kala kau lara?
Tersenyumlah. Bangun.
Teruskan perjuangan.
Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.
Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.
ujian yang datang adalah sebagai sesi tarbiyyah diri ....sentiasa refleksi diri...dan yakin dengan ketentuan Ilahi....


sumber:Blog Langit Ilahi..

Penawar sihir

salam...apa khabar...
sekadar perkongsian dimana  ayat ini..saya sendiri amalkan...
Berkat kasih dan sayang Allah kepada saya...

Dia telah mengirimkan seseorang iaitu sahabat saya  memberitahu kepada saya tentang kelebihan ayat ini...
Alhamdulillah..sehingga ke saat ini, saya masih mengamalkan ayat ini di samping ayat-ayat amalan yang lain..
Al-quran adalah sebaik-sebaik penawar..
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.
                

*cuba la amalkan ...baca n tiupkan di tempat yang sakit...Insya Allah..mudah-mudahan ianya akan berkurangan..


1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
-Khasiat Ayat Ini-
1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

*jika para sahabat mengalami sakit perut juga..boleh mengamalkannya..insya Allah…

-Tatacara-
1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

Saturday, November 6, 2010

Ikhtibar buat diri...dan juga sahabat yang lain

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi< iktibar bagi kita semua. Wassalam

Friday, November 5, 2010

Kebesaran Allah ...& kasih-Nya kepada Hamba....

Kosongnya hati ini bila Allah menarik nikmat kemanisan iman darinya..
Pedihnya hati apabila tidak terasa apa-apa ketika beribadat..
apabila solat, fikiran melayang memikirkan selain daripadaNYA..jadilah solat itu sekadar memenuhi masa lapang tanpa mengetahui pengertian yang sebenarnya..


bila berdoa memohon sesuatu, hati ini tidak mengerti apakah yang diminta..
sekadar menghafal doa tanpa memahami apakah yang dibaca di bibir..
aku sering tertanya-tanya ketika membaca doa atau mathurat apakah kita memahami doa-doa yang dibaca. Kalau ditanya tentang hafalan mathurat bertimbun-timbun manusia telah menghafalnya. Namun yang memahami maknanya hanyalah segelintir sahaja. Cuba kita fikirkan logik atau tidak kita meminta sesuatu tapi tidak tahu apa yang diminta.
Apakah nilai doa bagi kita sebenarnya? Apakah hanya sekadar untuk dibaca dan mengharapkan Allah mengabulkan doa..tanpa kita tahu dan paham apa yang kita minta..


Ya Allah..jauhnya aku rasa diriku ini daripadaMU..
apabila solat yang aku dirikan hanyalah semata-mata mencapai kulitnya sahaja 
tanpa dapat aku merasa isinya.
jauhnya diri ini daripadaMU tatkala tidak memahami apakah yang ku pinta..
jauhnya aku rasa tatkala diri ini masih dibelenggu maksiat tatkala berdoa padaMU..

dan aku tahu disebabkan itulah KAU memberikan peringatan ini kepadaku
untuk aku kembali dekat kepadaMU..
untuk aku membaiki diri supaya lebih dekat kepadaMU..

diriku menangis lagi tika ini..aku berharap janganlah disebabkan air mataku ini aku menjadi tidak redha dengan ujian kecil ini..aku takut untuk mengatakan aku redha lantaran air mata ini sering mengalir bila keseorangan..

Moga air mata yang mengalir ini bernilai hingga dapat memadamkan api neraka
Semoga mata ini diharamkan untuk memasuki neraka..

"Ampunilah aku kerana sering melupakanMU.."

apabila aku terbaca post ini yang entah siapa gerangannya ..cukup memberi kesan kepada diri ku sendiri...dan mengingatkan aku kepada satu peristiwa yang masih segar di ingatan hingga ke hari ini...
dan ianya tersemat kukuh dalam hati ini ...
Allah yang maha besar, maha berkuasa...yang mampu menggerakkan sesuatu di luar jangkauan fikiran kita sebagai manusia....

*Allahu Akhbar*


 

Wednesday, November 3, 2010

Saat ni ..aku terlalu rindukannya...
dimana kah dia?
sihatkah dia?
bagaimana dgn imannya?
adakah dia juga seperti ku?
ataupun sebaliknya...
ya Allah, cukup sukar untuk ku lalui semua ini...
aku teralu rindu ya Allah...
perasaan rindu pada sesuatu yang tidak pernah ada walau sekilas didepan mata...
hanya perasaan cinta n kasih yang kuat terpateri dalam jiwa..
tidak tahu bagaimana untuk aku gambarkan perasaan rindu n sygku ini padanya....

kuatkan hati ku ya Allah..

ya Allah..jika benar dia milikku...
permudahkan lah pertemuan kami ya Allah
satukan lah hati kami ya Allah..
panjangkan lah umurnya..
berkatilah rezeki yang diperolehinya ya Allah..
kuatkan iman nya agar sentiasa berada di jalan yang engkau redhai..

Perkenankan la doaku ya Allah


kukirimkan rindu ini buat mu yang entah di mana berada..
moga kau sentiasa berada dalam cinta n naungan kasih dari -Nya..
aku hanya mengharap cinta yang halal..n di berkati-Nya
ku berdoa agar kau turut merasai apa yg aku rasa....
jika benar kamu adalah kiriman  Allah buat ku..
maka.. ku harap juga.cinta n kasih ku ini akan ku tanamkan  untuk mu bakal suami ku...
dan ku harap cinta kita kekal sehingga ke syurga...
Amiin.....